Perubahan Positif Ahli Umno Beri Petanda Baik Kepada BN - Ahmad

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Perubahan positif pemikiran pemimpin dan anggota Umno yang menerima baik transformasi dibawa Presiden Umno meyakinkan Barisan Nasional (BN) Kedah merampas kembali negeri ini dari pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka tidak lama lagi.

Pengerusi BN yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perubahan itu mengukuhkan perpaduan dalam parti yang menjadi punca utama BN tewas lima negeri pada pilihan raya 2008.

"Ia (perubahan) sedikit sebanyak berlaku atas kehendak rakyat dan dapat dilihat kebelakangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen BN Kedah di dewan serbaguna Kompleks Persekutuan di Anak Bukit, dekat sini, Sabtu.

Ahmad Bashah yakin BN mampu memenangi sebahagian besar kerusi pada PRU-13 dengan syarat pemimpin dan semua anggota Umno terus menghayati aspirasi pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata isu tidak menyokong yang dipilih atau 'tikam belakang' calon yang ditonjolkan pada PRU-13 nanti diharapkan tidak berulang sekiranya semua anggota meletakkan semangat parti mengatasi kepentingan diri.

"BN akan letak calon-calon berpotensi menang sahaja termasuk tokoh-tokoh muda untuk bertanding dan calon yang tidak digemari rakyat tidak akan ditampilkan. "Kita menyasarkan menang di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 15 Parlimen di Kedah. Biar orang kata gila, kita akan pastikan semua calon yang dipilih menang," katanya.

Beliau menegaskan setiap anggota Umno dan anggota parti komponen BN mesti menerima calon pilihan pucuk pimpinan parti kerana PRU-13 adalah yang cyukup sengit dan getir serta bakal menentukan hidup atau mati BN. "Sesiapa yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan keputusan pucuk pimpinan adalah pengkhianat parti. "Kita tahu pergolakan yang berlaku dalam pakatan rakyat. Jika keadaan sama berlaku dalam Umno, mampukah kedudukan kita dipulihkan," soal Ahmad Bashah.

Beliau berkata semua perkara yang dibawa oleh pengerusi parti komponen B Nyang diberi peluang berucap pada konvensyen hari ini akan dibincangkan pada peringkat lebih tinggi dan akan diambil tindakan.

"Konvesyen ini yang dihadiri lebih 1,000 wakil pemimpin akar umbi serta pengerusi setiap komponen BN diharap memberi impak kepada persiapan menghadapi PRU-13. Kita akan muhasabah diri dan sebarang kelemahan akan dikaji untuk dibetulkan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan