Penggunaan Tayar Toreh Punca Kemalangan Jalan Raya - JPJ

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Pemilik kenderaan diminta tidak menggunakan tayar toreh dan tayar musim sejuk kerana ia dilihat antara punca berlaku kemalangan jalan raya di negara ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Datuk Zakaria Man berkata tayar toreh atau terpakai kini popular di kalangan pemilik kenderaan kerana harganya lebih murah.

"Walaupun setakat ini belum ada kajian yang dibuat bagi membuktikan kedua-dua jenis tayar tersebut menjadi punca kemalangan tetapi penggunaannya perlu disekat segera kerana banyak kemalangan yang berlaku dilihat membabitkan penggunaan tayar berkenaan.

"Tayar tersebut semakin popular kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding tayar baru yang mahal berikutan harga getah yang meningkat sejak beberapa tahun lepas di pasaran dunia," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri JPJ Temerloh di sini.

Beliau berkata tayar toreh dilihat mudah meletup kerana lapisan tayar menjadi nipis apabila ditoreh untuk membuat bunga baru.

"Manakala tayar musim sejuk iaitu tayar terpakai dari luar negara yang tidak sesuai dengan permukaan dan suhu jalan raya di negara ini yang panas dan dipercayai menyebabkan banyak kenderaan mudah terbabas," katanya.

Pada perkembangan lain, Zakaria berkata kemalangan di Pahang berjaya dikurangkan semasa perayaan Aidilfitri baru-baru ini berikutan penguatkuasaan di beberapa lokasi yang dikenal pasti berisiko kemalangan. "Kita berharap pengguna jalan raya semakin sedar betapa pentingnya sikap berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan semua pihak," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan