Najib Sentiasa Penuhi Permintaan Masyarakat India - Palanivel

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentisa memenuhi permintaan masyarakat India bagi memastikan mereka terus berada dalam arus pembangunan negara, kata Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata masyarakat India secara umumnya kini sedang merasai usaha dan kesungguhan Perdana Menteri dalam membantu masyarakat India terutamanya dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang membelenggu kaum ketiga terbesar di negara ini.

"Perdana Menteri banyak membantu masyarakat India. Kadang kala kita tak boleh umum semua itu secara terbuka. Setiap kali kita minta, beliau membantu kita (masyarakat India). Ia dirasai oleh masyarakat India sendiri ketika ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar untuk memperkasakan koperasi, di sini, Sabtu.

Turut bersama ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Seminar anjuran Jawatankusa Kabinet Masyarakat India itu dihadiri lebih 300 anggota Koperasi India dari seluruh negara.

Mengenai harapan MIC dan masyarakat India dalam Belanjawan 2012, Palanivel berkata MIC telah mengemukakan perkara penting untuk perhatian Najib yang juga Menteri Kewangan.

"Biar Perdana Menteri umum sendiri. Kita telah mengemukakan beberapa cadangan dan kita tahu beliau sentiasa membantu masyarakat India," katanya.

Mengenai gerakan koperasi, Palanivel berkata koperasi-koperasi India hendaklah mengunakan kreativiti dan inovasi untuk memperkembangkan perniagaan dan pendapatan mereka.

Katanya daripada 80 buah koperasi yang mewakili masyarakat India, 12 koperasi menunjukkan daya saing yang tinggi dan berjaya mencapai keuntungan.

Katanya MIC juga sedang berusaha menubuhkan sebuah koperasi yang diberi nama Koperasi Suriya untuk membantu koperasi-koperasi kecil India di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan