Kerajaan Akan Tingkatkan Purata Pendapatan Isi Rumah Daripada RM1,500 kepada RM4,000

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan sedang menimbangkan langkah untuk meningkatan purata pendapatan isu rumah daripada RM1,500 kepada RM4,000 sebulan.

Menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), langkah tersebut perlu segera dilaksanakan bagi mengatasi peningkatan kadar inflasi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah NKRA/NKEA Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan JPM (Pemandu), D. Ravindran dalam sesi perbincangan meja bulat bertemakan “Pertahankan Poket Anda” di Menara Star pada malam Selasa.

Beliau berkata pendekatan tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif yang digariskan di Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi mengatasi masalah agihan pendapatan yang tidak sekata dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun.

Perbincangan meja bulat ini adalah anjuran akhbar The Star sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memberi peluang kepada para pembaca bersama-sama memperkatakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka seperti kenaikan kos kehidupan pada masa ini dan sebagainya.

Ahli-ahli panel lain yang turut mengambil bahagian dalam perbincangan ini terdiri daripada Setiausaha Agung Persatuan Rangkaian Peruncitan Malaysia (MRCA), Valerie Choo, , Pengarah Komunikasi Pemasaran Carrefour (Singapura dan Malaysia) Low Ngai Yuen, Pengarah NKRA/NKEA Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan JPM (Pemandu), D. Ravindran, Pengurus Kanan Pemandu, Phillip See dan Pengarang Eksekutif The Star, Datuk Wong Sai Wan.

Sementara itu, Sai Wan berkata golongan muda lebih gemar bekerja di luar negara kerana gaji yang ditawarkan tidak mencukupi.

“Sektor swasta yang mempunyai tenaga kerja yang ramai perlu mengambil insiatif untuk meningkatkan gaji pekerja mereka,” katanya ketika mengulas mengenai isu penghijrahan golongan profesional di Malaysia.

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menimbangkan usaha untuk mengambil golongan warga tua yang berkebolehan lebih daripada penggantungan terhadap tenaga asing profesional.

Dalam pada itu, Ngai Yuen berkata pasar raya Carrefour mempunyai piawaian struktur gaji yang berbeza antara pekerja asing dan tempatan dalam menangani masalah jurang pendatan pekerja di negara ini.

“Berita baiknya adalah rakyat Malaysia akan mendapat peningkatan gaji berdasarkan kelayakan dan kemahiran mereka.

“Kita tidak mahu melihat perbezaan gaji yang besar antara seorang pengurus kanan dan pekerja yang berpangkat rendah,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan