Jawatan Timbalan Pengerusi BN Kedua: Perlu Dibincang Dewan Tertinggi BN -Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Usul pewujudan jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kedua yang dilantik di kalangan parti-parti komponen B Ndari Sabah dan Sarawak perlu dibawa ke dewan tertinggi BN untuk dibincangkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata perkara itu adalah lebih baik dibincangkan dalam forum dewan tertinggi BN daripada diperdebatkan secara terbuka.

"Saya fikir kalau ada apa-apa pun, cadangan itu boleh dibawa ke pimpinan tertinggi kita. Kita ada saluran iaitu jawatankuasa tertinggi BN di mana semua pemimpin-pemimpin duduk di situ dan kemukakan apa saja perkara yang hendak dikemukakan.

"Dari situ nanti dipertimbangkanlah dan biasa sebelum suatu keputusan dibuat, mesti ada konsesus daripada ahli-ahli yang lain. Daripada kita cakap secara terbuka, lepas itu ada debat pro and kontra akhirnya kita tidak dapat apa-apa keuntungan yang mungkin tak beri kebaikan pada parti," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan tritahunan ke-13 Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas usul Upko supaya jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua diwujudkan dan seterusnya penjawat itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang kedua bagi mengimbangi pelaksanaan dasar pembangunan di antara semenanjung, Sabah dan Sarawak sesuai dengan konsep perkongsian sama rata semasa penubuhan Malaysia.

Mengenai pembahagian kerusi di kalangan komponen BN menjelang pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata besar kemungkinan parti-parti komponen B Nakan mengekalkan kerusi yang diperuntukkan sebelum ini kecuali "ada persetujuan parti-parti komponen BN bertukar kerusi".

"Tapi kalau nak ambil ini (tambah kerusi) lepas itu parti lain dapat kerusi yang kurang, masalah baru akan timbul," katanya.

Ditanya mengenai kerusi yang dahulunya dipegang oleh Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum keluar daripada BN, beliau berkata soal parti mana yang diperuntukkan kerusi itu akan diputuskan kemudian.

"Mungkin Datuk Musa (Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah) ada pandangan, bincang dan bawa kepada pengerusi BN pusat dan kita akan bincangkan di sana. Kami akan bincangkan berdasarkan konsensus dan apa yang difikirkan sesuai," katanya.

Mengenai hasrat beberapa parti komponen BN untuk mendapatkan tambahan kerusi, Muhyiddin berkata BN mempunyai formula yang sudah lama digunapakai untuk menyelesaikannya.

"Biasanya setiap parti hasratnya dia mendapat perwakilan yang lebih dan perwakilan lebih itu menerusi kerusi-kerusi yang diberi kepada setiap komponen parti. "Sebenarnya sejak dulupun sudah ada formula yang digunapakai baik di peringkat nasional, negeri-negeri atau bahagian dan itu dibuat berdasarkan muafakat," katanya.

Muhyiddin berkata: "Kita tahu kadang-kadang setiap lapan atau 10 tahun sekali ada persempadanan baru dan ada juga tambahan kerusi-kerusi yang baru disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat mungkin kawasan itu perlu ditambah".

"Jadi kalau hal sebegitu berlaku biasanya parti-parti akan memohon supaya mereka mendapat kerusi yang lebih, jadi kalau sampai ke peringkat itu mungkin mudah sedikit, tapi kalau situasi sekarang semua nak tambah kerusi, kerusi mana kita mahu bagi," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan