Erat Hubungan Malaysia-Indonesia Menerusi Industri Kreatif - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT TINGGI (SUMATERA BARAT): Malaysia-Indonesia disaran memantapkan industri kreatif masing-masing dalam usaha memantapkan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sedia terjalin.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, cabang industri kreatif yang luas sesuai digunakan sebagai medium penyatuan penting khususnya di kalangan generasi muda.

"Ahli politik sahaja tidak mampu untuk melaksanakan tugas berat ini (diplomatik), sebab itu aspek budaya juga amat penting dan perlu ditekankan.

"Kita perlu wujudkan penyatuan menerusi industri kreatif antara Malaysia-Indonesia seperti animasi yang membabitkan kedua-dua negara.

"Kedua-dua negara boleh hasilkan animasi lain selain Upin dan Ipin yang popular di Indonesia, wujudkan dokumentari serta menerusi filem cereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pertemuan Wartawan dan Budayawan Malaysia-Indonesia di sini, Sabtu.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Tifatul Sembiring serta Gabenor Sumatera Barat, Irwan Prayitno.

Tambah Rais, selain kuasa politik menerusi hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G), kelompok kecil dalam masyarakat kedua-dua negara turut berperanan mengeratkan penyatuan tersebut.

"Biarlah pemimpin atasan jalinkan hubungan G2G, tapi ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penulis, persatuan, budayawan perluaskan hubungan diperingkat masyarakat kerana sayap nusantara itu besar," katanya.

Katanya lagi, kerjasama erat menerusi aspek budaya serta bahasa tidak seharusnya terhenti menerusi seminar mahupun sesi dialog.

Sebaliknya, usaha yang berterusan secara konsisten perlu diambil agar hubungan yang bersifat pasang surut kedua-dua negara dapat diatasi dengan baik.

"Selepas ini kita perlu wujudkan satu jawatankuasa bertindak untuk meneruskan usaha-usaha pemahaman dan penyatuan hubungan.

"Carilah persamaan kedua-dua negara serta jangan disebut tentang perbezaan...perbanyakkan program yang membabitkan wakil-wakil kedua-dua negara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Rais untuk memantapkan industri kreatif antara Malaysia-Indonesia, Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia berkata, usaha berkenaan memerlukan persefahaman jitu kedua-dua negara.

"Cadangan ini amat baik sekali namun ia memerlukan kesepakatan yang amat tinggi. Usaha ke arah tersebut perlu didokong oleh semua pihak," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan