Dua Akta Baru Ganti ISA Akan Diumum Peguam Negara - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembentangan dua akta baru yang kini sedang digubal Peguam Negara berikutan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya akan diumum selepas semua aspek keselamatan rakyat dan negara diperincikan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kementeriannya melalui Ketua Setiausaha Tan Sri Mahmood Adam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara bagi membincangkan aspek tersebut. "Bila ianya akan dibentangkan, tunggu pengubal akta iaitu Peguam Negara umumkan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri kementerian itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Katanya akta baru itu juga akan mengimbangi antara kepentingan dan keselamatan negara dan memastikan keharmonian yang wujud sejak merdeka tidak terjejas serta memperincikan hak kebebasan individu yang didakwa di bawah akta berkenaan.

"Semua aspek ini menjadi kebimbangan kita. Ia perlu dikaji dengan teliti dan bukan sahaja kementerian ini yang terlibat, tetapi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. "Semua pihak akan terlibat, kita mahu pastikan setiap langkah yang diatur di ketahui rakyat dan mahu buktikan bahawa ia tiada muslihat atau agenda lain selain membawa negara maju ke hadapan," katanya.

Dalam perutusan Hari Malaysia pada 15 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan negara.

Mengulas rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 untuk menganjurkan kempen pada 30 Sept ini supaya lapan tuntutan mereka dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13, Hishammuddin berkata kempen seumpama itu tidak perlu kerana kerajaan telah menyediakan saluran yang betul kepada mereka melalui Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang juga disertai wakil mereka.

"Pendekatan kita sudah lakukan dari segi ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam konteks ke hadapan. Tak tahu apa lagi yang mereka nak perjuangkan.

"Terserahlah kepada mereka. Sedikit sebanyak orang ramai dapat melihat sendiri sama ada mereka ikhlas menperjuangkan lapan perkara itu atau guna sebagai alasan untuk huru-harakan jalan raya," katanya.

Hishammuddin, juga ditanya mengenai penyebaran di Internet klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pegawai kastam, berkata beliau belum mendapat sebarang maklumat mengenainya.

Klip video dengan durasi lebih 20 minit itu bertarikh pada 31 Mac tahun ini memaparkan gambar seorang lelaki yang kononnya didakwa sebagai pegawai kastam sedang berbogel di dalam sebuah bilik. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan