Yang di-Pertuan Agong Akhiri Lawatan Rasmi Di Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada Jumaat menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Selangor.

Majlis keberangkatan pulang Seri Paduka baginda berdua berlangsung di Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada pukul 9.15 pagi.

Keberangkatan tiba Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah ke dataran itu disambut oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Tuanku Mizan kemudian menerima sembah tabik Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor dimainkan oleh pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi.

Ini disusuli dengan tembakan meriam 21 das.

Yang di-Pertuan Agong kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi.

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid seterusnya mengetuai bacaan doa sebelum lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor dimainkan semula.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah berangkat pulang pada 9.30 pagi sambil ratusan rakyat berbaris di sepanjang jalan dengan memegang bendera Malaysia dan negeri Selangor untuk mengucapkan selamat jalan kepada Seri Paduka Baginda berdua. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan