Walit World Perkenal Produk Baru Pati Sarang Burung

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Menyedari potensi minuman air sarang burung yang mempunyai khasiat yang tinggi dan sesuai untuk diminum dan dijadikan sebagai minuman kesihatan, Walit World Sdn Bhd (Walit World), syarikat milik penuh Bumiputra yang memajukan kawasan industri ternakan burung walit di Tanjung Agas, Port Dickson memperkenalkan produk terbaharu keluaran pati sarang burung.

Pengarah Projek Walit World Sdn Bhd Mohd Nasir Che Fa berkata pati sarang burung merupakan minuman yang membantu menjana perkembangan minda, menguatkan jantung dan paru-paru, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah serta merawat kulit, batuk dan jerawat.

"Selain itu, khasiat pati sarang burung juga berupaya menghilangkan panas badan, meningkatkan prestasi seksual dan melambatkan proses penuaan," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan produk terbaharu Walit World di pejabatnya di Putra Nilai di sini, Jumaat.

Katanya pati sarang burung itu mempunyai kandungan sarang burung 12 peratus, akar lalang, serbuk mutiara, gula batu, air RO, kismis, zafaaran dan madu.

Katanya pati sarang burung dengan kismis dan zafaaran telah diformulasi semula dan dengan kombinasi 12 peratus sarang burung, kismis dan zafaaran, produk ini sesuai untuk pemakanan oleh semua lapisan umur bagi menjana perkembangan minda secara total iaitu dalam bidang akademik yang diukur secara IQ dan kemahiran emosi yang dikenali sebagai 'emotional intelligent'.

"Kombinasi kedua-dua ini dipercayai dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja pintar, malahan juga mempunyai budi pekerti dan akhlak yang tinggi. Pati sarang burung ini dibotolkan dalam kandungan botol bersaiz 375ml dengan harga di Semenanjung RM55 sebotol manakala RM65 sebotol di Sabah dan Sarawak," katanya.

Mohd Nasir berkata pati sarang burung ini telah dilancarkan pada 1 Julai lepas.

Katanya, sebelum ini, dua produk Walit World yang dilancarkan pada 26 Mei lepas ialah air sarang burung yang dibotolkan dalam botol bersaiz 120ml dan 250ml.

"Kini, anda semua berpeluang menikmati khasiat produk dari sarang burung walit yang diproses dengan menepati kehendak Islam dan mendapat sijil Halal. Produk muslim ini adalah pilihan untuk yang mementingkan status halal," katanya.

Walit World boleh dihubungi di talian 06-8502600 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk syarikat itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan