Tuduhan Liar Malaysian Chronicle Jejas Keselamatan, Ketenteraman Awam

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan laman sesawang Malaysian Chronicle yang menyiarkan tuduhan liar dan tidak berasas mengenai pemberian kewarganegaraan kepada rakyat Bangladesh berpotensi menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, laporan itu boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat apabila menganggap warga Bangladesh diberi kelayakan untuk mengundi dan menentukan kerajaan negara ini.

Menurut beliau, laman sesawang itu langsung tidak menyiarkan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said yang membuat penjelasan berasaskan fakta sebenar mengenai pemberian kewarganegaraan rakyat Bangladesh sejak 1998.

Katanya, media alternatif berkenaan juga langsung tidak mengendahkan penafian keras oleh Suruhanjaya Tinggi Bangladesh mengenai pemalsuan berita tersebut.

“Ini adalah kebimbangan kita terhadap media alternatif. Walaupun terbukti laporan itu palsu, laman sesawang itu langsung tidak menarik balik mahu pun memohon maaf. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Saya terkilan kerana dalam ketika media arus perdana berusaha mengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem kawalan sendiri, media baru ini sewenang-wenangnya menyiarkan laporan berat sebelah, tidak berasas dan tanpa fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Hishammuddin sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada 83 veteran polis sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang berkhidmat sewaktu zaman darurat.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin memaklumkan bahawa jemaah menteri telah diberi takimat dua hari lepas mengenai perkembangan penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang diberikan taklimat mengenai perkara sama oleh Ketua Polis Negara.

“Apabila siap dibentangkan, tunggu penggubalan, ia akan diumumkan oleh Peguam Negara sendiri apabila tiba masanya nanti.

“Ia tidak berkisar pada ISA sahaja tetapi melibatkan juga Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 tentang kebebasan berhimpun dan berkumpul,” ujarnya.

Hishammuddin turut mengulangi bahawa pengumuman Perdana Menteri pada 15 September lalu bukan retorik semata-mata, sebaliknya usaha transformasi yang tidak mungkin menjejaskan ketenteraman dan keharmonian di negara ini sejak mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan