Palestin Tidak Rugi Apa-Apa Untuk Mohon Jadi Anggota Penuh PBB

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah Palestin mendapatkan keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi membawa isu kemerdekaan negara itu ke pentas dunia, kata Duta Palestin ke Malaysia, Abd Elaziz Abu Ghoush.

Dalam konteks ini, beliau berkata tindakan itu akan menguntungkan rakyat Palestin sambil menegaskan mereka tidak akan rugi apa-apa dengan memohon ke badan dunia itu walaupun Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa veto untuk menyekat usaha itu.

"Dari segi moral, kita tidak akan rugi apa-apa malah isu perjuangan rakyat Palestin sekali lagi menjadi tumpuan dunia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah berjudul "Palestin Memohon Kenegaraan di PBB" di Wisma Bernama di sini Jumaat.

Katanya sekiranya gagal mendapat keanggotaan penuh PBB tetapi sekadar memperoleh status pemerhati dalam badan dunia itu sudah membolehkan mereka menjadi anggota agensi PBB dan hak untuk memohon keanggotaan dalam badan-badan antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Presiden Palestin Mahmoud Abbas dijadual berucap pada sesi ke-66 Perhimpunan Agung PBB di New York dan kemudian mengemukakan permohonan menjadi anggota PBB kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, lewat hari ini.

Abu Ghoush berkata sejak perjuangan menentang pendudukan Israel di wilayahnya pada 1948, lebih 100,000 rakyatnya telah terbunuh manakala lebih 10,000 rakyatnya meringkuk dalam penjara di Israel.

Bagaimanapun, katanya rakyat Palestin tida akan lupa atau memaafkan mana-mana anggota majlis keselamatan yang mengiktiraf wilayah Palestin tetapi tidak menyokong permohonan keanggotaan penuh mereka di Majlis Keselamatan PBB.

Palestin memerlukan sembilan daripada 15 undi Majlis Keselamatan PBB untuk menjadi anggota badan dunia itu.

Lima negara anggota tetap dalam 15 anggota Majlis Keselamatan adalah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China dan Russia.

Manakala negara lain yang memegang tempoh penggal dua tahun dalam majlis itu ialah Brazil, Bosnia dan Herzegovina, Columbia, Gabon, Jerman, India, Portugal, Lubnan, Nigeria dan Afrika Selatan.

Sekiranya Palestin memperoleh sembilan undi dan sokongan dua pertiga negara anggota PBB, bermakna 128 daripada 193 negara dan tanpa sebarang veto, Palestin boleh mengemukakan permohonan keanggotaan pada perhimpunan agung itu.

Jika Amerika Syarikat, menggunakan kuasa vetonya tetapi terdapat sokongan yang secukupnya untuk Palestin, maka permohonan itu akan dikemukakan untuk mendapatkan status pemerhati.

Palestin kini diklasifikasikan sebagai entiti pemerhati. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan