Kerajaan Sedar Kebimbangan Baru Kemelesatan Global: Najib

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan sedar mengenai perasaan bimbang terhadap kemelesetan baharu global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

"Seperti yang anda ketahui, Wall Street terjejas. Oleh itu kita perlu memantu kedudukan itu secara berhati-hati," katanya pada persidangan kebangsaan bertema "Menjadi Negara Berpendapatan Tinggi, Satu Realiti," di sini.

Dalam usaha menjayakan agenda nasional jangka panjang negara untuk merealisasikan Wawasan 2020, ia perlu persekitaran luar yang baik untuk kerajaan dan rakyat berjaya dan maju, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib berkata beliau memperkenal Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi mewujudkan persekitaran di Malaysia yang membolehkan perniagaan berkembang dan maju dan membolehkan pertumbuhan ekonomi mampan yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

"Meskipun banyak negara Barat berusaha keluar daripada kemelesetan, dan pakar global terus menjangkakan "muram dan gagal" sejak dua tahun lepas, ekonomi kita berkembang dengan ketara," katanya.

Perdana Menteri berkata keluaran negara kasar Malaysia telah meningkat sebanyak lebih tujuh peratus dan pelaburan langsung asing pada separuh pertama tahun ini mencatat US$7 bilion, meningkat 76 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas, yang merupakan tahun yang mencatatkan rekod.

Najib berkata Bursa Malaysia mencatat enam rekod tinggi antara Januari dan September, prestasi yang dicemburui oleh pasaran di seluruh dunia.

"Syarikat-syarikat yang disenarai di bursa itu mempunyai pengusaan pasaran melebihi US$44 bilion, meningkat 15 peratus dalam tempoh 12 bulan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan