Jumlah Pekerjaan Diwujudkan Di NCER Lepasi Sasaran

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impak daripada pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kepada masyarakat setempat sejak ia ditubuhkan pada 2008 kian terserlah apabila jumlah peluang pekerjaan yang ingin dijanakan telah melepasi sasaran, kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.

Beliau berkata jumlah pekerjaan yang berjaya diwujudkan sehingga Julai tahun ini adalah 25,808, jauh lebih tinggi daripada sasaran NCIA untuk menjana antara 20,000 dan 22,000 peluang pekerjaan untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Kejayaan ini merupakan satu petanda positif dan keyakinan kepada NCER," katanya dalam temuramah Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24.

Redza Rafiq berkata NCIA tidak menghadapi sebarang masalah untuk berurusan dengan semua kerajaan negeri termasuk dua negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang.

"Semua agensi di empat kerajaan negeri itu memberikan kerjasama yang baik kepada NCER dan kerjasama yang terjalin adalah bersifat simbiotik," katanya.

Malah, kata Redza Rafiq, dalam struktur organisasi NCIA itu sendiri, ia merupakan sebuah badan yang unik kerana ahli-ahlinya terdiri daripada Menteri Besar, Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Dari segi fungsi dan hubungannya, ia bersifat hibrid yang sangat efektif yang mana mereka merupakan sebahagian daripada kita dan kita (NCIA) merupakan sebahagian daripada mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan