Johor Wujud Pusat Pemulihan Akidah Tahun Depan: Exco

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Johor akan mewujudkan Pusat Pemulihan Akidah di Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tahun depan, bagi memulihkan akidah umat Islam yang terlibat dalam kegiatan ajaran sesat dan gerakan agama lain.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata penubuhan pusat itu akan lebih sistematik mengikut modul khusus yang ditetapkan, bagi memastikan golongan terbabit menerima kaunseling dan kefahaman yang lebih berkesan.

"Kita mewujudkan pusat pemulihan akidah ini supaya kita dapat menangani masalah akidah secara lebih spesifik dan teratur, bukan sekadar kita beri ceramah tetapi meliputi modul-modul yang tertentu," katanya kepada pemberita selepas penyampaian dana syariah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) negeri, di sini, Jumaat.

Beliau berkata sekalipun jumlah yang terlibat adalah sedikit serta terpencil, namun kerajaan negeri berpandangan perkara itu harus diberi perhatian serius sebelum keadaan menjadi parah.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan dana berjumlah RM100,000 sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada Dana BSK yang diuruskan Jabatan Kehakiman Syariah di JAIJ.

Dana BSK diwujudkan bagi mengatasi masalah pengabaian perintah nafkah yang dikeluarkan mahkamah syariah seluruh negara oleh para suami atau bapa terhadap isteri dan anak-anak mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan