Hukum Hudud Tidak Dapat Dilaksanakan Dalam Tempoh Terdekat – Salahuddin

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak membincangkan secara terbuka mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Sebaliknya Salahuddin berkata, pakatan pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama serta usaha untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Tidak perlu lah kita berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan... semua pihak kena faham perkara ini,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, sekarang bukan masa yang kondusif untuk melaksanakan hukum hudud.

“Suasana kondusif yang saya maksudkan ialah daripada aspek perundangan,” katanya.

Justeru beliau menggesa pimpinan PR memberi tumpuan memenangi PRU kerana ia merupakan matlamat utama mereka.

"BN sudah 50 tahun memerintah, namun mereka tidak dapat laksanakan. Sejak 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan setahun kita memerintah Terengganu pun, hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana situasinya tidak kondusif,” katanya.

Bagaimanapun, pemimpin PAS itu berkata perkara tersebut boleh dibincangkan selepas PR mengambil alih kerajaan pusat termasuk mengadakan referendum di kalangan rakyat untuk mendapatkan pandangan mereka.

“Kita boleh buat referendum jika diperlukan kelak untuk melihat pandangan rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula memberi amaran agar pemimpin PR berhati-hati dan tidak terperangkap dengan isu yang cuba dimainkan parti lawan kerana ia akan hanya memporak-perandakan pakatan pembangkang.

"PR akan berakhir jika pemimpinnya tidak berhati-hati dan terperangkap dalam isu yang tidak penting pada masa ini.

"Lebih elok jika kita tumpukan kepada usaha untuk memperkuatkan jentera pada PRU akan datang,” katanya.

Pada Khamis, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu dipetik sebagai berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.

Bagaimanapun, isu mengenai pelaksanaan hukum hudud ini menjadi semakin panas apabila Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terkejut dengan komen Anwar itu dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan