Hubungan Baik M'sia-Indonesia Lebih Erat Jika Fahami Budaya & Sejarah

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG (INDONESIA): Hubungan baik antara Malaysia-Indonesia dapat dipertingkatkan menerusi penekanan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai aspek sejarah serta sosio budaya kedua-dua negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, penerokaan terhadap sejarah kedua-dua negara yang mungkin membawa kepada beberapa penemuan mengenai kerjasama lampau dapat menjadi tali perhubungan demi pembangunan masa depan.

"Amat penting untuk kedua-dua negara mengenali pertalian budaya dan sejarah masing-masing.

"Jadi ingin saya cadangkan agar aspek sejarah dan budaya kedua-dua negara serumpun ini diberi perhatian untuk dijadikan tali perhubungan dan perjuangan kita di masa depan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan deligasi Malaysia sempena Program Pertemuan Wartawan dan Budayawan Indonesia-Malaysia di Bukit Tinggi di sini, Jumaat.

Delegasi Malaysia disambut Gabenor Sumatera Barat, Irwan Prayitno. (Di Indonesia, Gabenor adalah setaraf dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri di Malaysia).

Selain itu Rais berkata, walaupun usaha berkenaan adalah sesuatu yang mencabar kerana bakal mewujudkan pelbagai sentimen, namun ia diyakini dapat diatasi dengan baik menerusi pelbagai program kerjasama kedua-dua negara.

Tambah beliau, percantuman aspek sejarah selain elemen budaya dan bahasa yang sudahpun menjadi jambatan terhadap hubungan baik Malaysia-Indonesia akan mewujudkan identiti yang lebih cerah.

"Saya sedar ini bukan satu penerokaan yang mudah kerana sudah pasti akan mewujudkan pelbagai pandangan dan sentimen...namun sebagai pemimpin yang ada kaitan dengan budaya dan sejarah, kita akan cuba cantumkan tenaga dan rancang pelbaghai program berterusan yang akhirnya akan dapat wujudkan identiti menerusi sejarah dan budaya.

"Inilah fungsi sejarawan dan budayawan kedua-dua negara kerana mereka akan bertukar pandangan dan pendapat. Penemuan baru ini akan menyatukan perasaan serta kegiatan lampau kedua-dua negara," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan