Akademi Teknologi Hijau, Restoran Hijau Dibina Di Melaka

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Akademi Teknologi Hijau dan Restoran Hijau yang pertama di Melaka yang dibangunkan di Mukim Ayer Panas di sini dijangka siap dalam tempoh setahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata akademi dan restoran tersebut dibangunkan oleh Yayasan Melaka di atas tanah milik yayasan itu seluas 1.37 hektar dengan melibatkan kos pembinaan RM2.7 juta.

"Projek ini merupakan model Bandar Hijau yang pertama di negeri ini yang memperlihatkan kewujudan sesebuah perbandaran baru yang mengguna pakai sepenuhnya teknologi hijau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan projek tersebut di sini, Jumaat.

Mohd Ali berkata projek tersebut dibangunkan dengan menggunakan konsep Kem Permata Resort yang terletak di Ayer Pa'abas di Alor Gajah.

Beliau berkata bangunan pentadbiran akademi itu mempunyai keluasan 567 meter persegi merangkumi dewan, empat bilik, pantri, dan tandas.

"Restoran Hijau pula memiliki keluasan 1,728 meter persegi merangkumi pentas, bilik audio, ruang makan, dapur, ruang penyediaan dan tandas," katanya.

Beliau berkata kedua-dua bangunan tersebut akan bercirikan pembangunan teknologi hijau sepertimana digariskan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagai model pertama dibangunkan di Bandar Hijau.

Beliau berkata Yayasan Melaka telah membelanjakan peruntukan sejumlah RM10.9 juta bagi membina jalan masuk sepanjang tiga kilometer ke akademi tersebut dari Kolej Yayasan Saad di Ayer Keroh.

Sementara itu, Mohd Ali berkata antara komponen pembangunan lain yang akan dibina di Bandar Hijau itu ialah Kolej Kejururawatan, Pejabat Pengarah Kesihatan Melaka, Akademi Percukaian, Pusat Rehabilitasi oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pusat Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan