2,000 Pelancong Thailand Ke Langkawi November Depan

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seramai 2,000 orang pelancong dari Thailand akan mengunjungi Langkawi pada November depan.

Jurucakap sebuah agensi pelancongan yang mengendalikan lawatan itu, Wong Sie Kiong berkata lawatan itu adalah hasil promosi yang diadakan bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di Bangkok pada Ogos lepas.

Beliau berkata persiapan untuk menyediakan penginapan hotel dan pengangkutan membawa pelancong itu melawat beberapa tempat tarikan di Langkawi sedang dilakukan.

"Kira-kira 1,000 bilik penginapan hotel yang kebanyakan di sekitar pekan Kuah akan disediakan," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya tarikh lawatan masih belum ditetapkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan