Tukar Jalur Gemilang: Manoharan Mohon Maaf, DAP Anggap Isu Selesai

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kota Alam Shah, M Manoharan memohon maaf secara terbuka berhubung cadangannya untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf berhubung komen saya itu (cadangan untuk menukar bendera Malaysia) sekiranya PR memerintah Malaysia,” katanya dalam komen yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

Bukan itu sahaja, malah wakil rakyat DAP berkenaan turut memadamkan komennya berhubung cadangan supaya Jalur Gemilang ditukar. Sementara itu, Setiausaha Kerja Kebangsaan DAP, Teresa Kok ketika dihubungi berkata cadangan ADUN Kota Alam Shah itu adalah pendirian peribadi dan bukannya datang daripada parti itu mahupun PR.

"Itu pandangan peribadi beliau (Manoharan). DAP dan PR tidak pernah mempersoalkan kedudukan Jalur Gemilang sebagai bendera kebangsaan.

"Kita juga tidak ada niat untuk mengubahnya. Malah ini bukan satu isu yang besar,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Mengulas lanjut, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, isu tersebut dianggap selesai selepas Manoharan memohon maaf secara terbuka.

"Kita anggap isu ini telah selesai, kerana beliau berani minta maaf secara terbuka.

"Saya dan pemimpin DAP yang lain juga telah menasihati dia supaya berhati-hati sebelum buat apa-apa kenyataan,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan Manoharan mencadangkan agar Jalur Gemilang ditukar sekiranya pembangkang menang dalam PRU akan datang.

Menerusi laman Facebooknya, Manoharan memaklumkan bahawa beliau telah mengedarkan bendera DAP di kawasannya sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tetapi enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana berpendapat, bendera negara ini kelihatan seperti Barisan Nasional.

Kenyataan beliau itu mengundang kecaman banyak pihak termasuk sekutu mereka seperti PAS.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan