Tuduh Polis Bakar Rumah Mat Sabu: Jangan Cakap Sembarangan - Khalid

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Timbalan Ketua Polis Negara menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.

Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan anak lelaki Timbalan Presiden PAS itu yang menuduh pihak polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini adalah menghairankan dan tidak masuk akal.

"Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia (Mohamad Sabu) cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak. Kalau tiada asas untuk membuat tuduhan sedemikian, jangan," katanya kepada pemberita selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi, pada Khamis.

Katanya, jika Ahmad Saiful mempunyai bukti menyokong dakwaannya bahawa polis terlibat, beliau boleh membuat laporan polis atau jika enggan berbuat demikian, boleh berjumpa dengannya atau Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anak lelaki Mohamad Sabu yang menuduh polis sebagai dalang di dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini.

Di dalam kejadian yang berlaku pada 12.40 tengah malam itu, rumah teres dua tingkat Mohamad Sabu dilaporkan dilontar "Molotov Cocktail" oleh individu tidak dikenali tetapi hanya menyebabkan kerosakan kecil di bahagian pintu pagar.

Mengenai kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan di dalam laman sosialnya untuk menukar Jalur Gemilang, Khalid berkata, polis masih mengkaji tentang kes itu.

"Kita akan tengok apa yang perlu kita buat. Kita sudah cakap sebelum ini, jangan cakap sesuka hati yang boleh mengguris orang lain atau menimbulkan keadaan tidak tenteram di kalangan masyarakat," katanya.

Beliau yang meminta semua pihak supaya berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan, berkata tidak pasti tentang bilangan laporan polis yang diterima pihaknya berhubung kenyataan kontroversi Manoharan itu.

"Fikirlah dulu sebelum bercakap. Ini yang bercakap semua terpelajar bukan bodoh-bodoh belaka. Fikirlah dulu sebelum keluarkan pandangan, kritikan dan sebagainya," kata Khalid. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan