Suka Beli Belah & Pengurusan Kewangan Yang Teruk Punca Rakyat Malaysia Hadapi Masalah Kewangan

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suka membeli belah dan pengurusan kewangan yang teruk itulah yang gambaran paling tepat mengenai sikap sebahagian besar pengguna di Malaysia.

Berdasarkan kajian, sebanyak 41 orang diisytiharkan bankrap setiap hari, semuanya gara-gara hutang kad kredit.

Sementara pada setiap hujung minggu pula, kira-kira lima juta pengguna berpusu-pusu menyerbu 300 pusat membeli belah yang terdapat di seluruh negara.

Sikap dan tabiat tersebut merupakan satu pendedahan yang mengejutkan dan menjadi punca mengapa pengguna di Malaysia tidak mampu menampung kos sara hidup yang terus meningkat.

Bukan itu sahaja, malah Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendapati kebanyakan mereka yang diisytiharkan muflis kerana hutang kad kredit adalah mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

“Mereka ini tidak langsung memikirkan mengenai kesan dan akibat perbuatan mereka itu.

"Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah kewangan adalah golongan muda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk Paul Selvaraj dalam sesi perbincangan meja bulat bertemakan “Pertahankan Poket Anda” di Menara Star pada malam Selasa.

Justeru, Selvaraj berkata Fomca akan mengadakan forum pendidikan kewangan yang akan memberi penekanan kepada golongan remaja mengenai kaedah pengurusan kewangan yang baik.

“Dalam satu kaji selidik yang dijalankan, kami terkejut kerana ramai kanak-kanak tidak tahu langsung, dari mana wang datang dan kebanyakan mereka menjawab duit datang daripada mesin pengeluaran wang (ATM).

“Bukan itu sahaja, malah mereka juga tidak percaya ibu bapa mereka perlu bekerja untuk mendapatkan wang,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengurusan Kompleks dan Pusat Membeli- Belah Malaysia, H.C Chan berkata berdasarkan perangkaan yang dibuat menunjukkan kira-kira lima juta rakyat Malaysia melawat sebuah pusat membeli belah pada setiap hujung minggu.

“Di negara kita sahaja terdapat kira-kira 320 pusat membeli belah,” katanya.

Perbincangan meja bulat ini adalah anjuran akhbar The Star sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memberi peluang kepada para pembaca bersama-sama memperkatakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka seperti kenaikan kos kehidupan pada masa ini dan sebagainya.

Ahli-ahli panel lain yang turut mengambil bahagian dalam perbincangan ini terdiri daripada Setiausaha Agung Persatuan Rangkaian Peruncitan Malaysia (MRCA), Valerie Choo, , Pengarah Komunikasi Pemasaran Carrefour (Singapura dan Malaysia) Low Ngai Yuen, Pengarah NKRA/NKEA Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan JPM (Pemandu), D. Ravindran, Pengurus Kanan Pemandu, Phillip See dan Pengarang Eksekutif The Star, Datuk Wong Sai Wan.

Manakala peguam dan aktivis hak asasi manusia, Jonson Chong bertindak sebagai moderator.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan