Suhakam Mohon Diberi Kuasa Selesai Isu Tanah

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)memohon diberi kuasa penguatkuasaan untuk membantu menyelesaikan isu tanah.

Pesuruhjayanya Detta Samen berkata adalah ideal jika Suhakam mempunyai kuasa untuk membawa sesetengah isu ke mahkamah.

"Saya tidak tahu sama ada boleh dipinda perlembagaan untuk turut meliputi penguatkuasaan, tetapi kita sedang melihatnya. Kita boleh membuat cadangan mengenai perkara ini tetapi akhirnya, bukan kita yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas pameran bergerak untuk mempromosi "Inkuiri Kebangsaan Suhakam mengenai Tanah Hak Adat Pribumi Sarawak" di sini.

Terdahulu semasa merasmikannya, Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam turut menyentuh mengenai soal penguatkuasaan.

Katanya Suhakam tidak mempunyai kuasa untuk menyelesai masalah khusus tetapi sekadar boleh mendengar, menyiasat dan menganalisis aduan orang ramai, sama seperti institusi lain seperti Majlis Peguam.

Beliau berkata sehubungan itu, pengadu tidak boleh mengharap Suhakam boleh menyelesaikan masalah untuk mereka.

Hasmy berkata sejak penubuhannya 11 tahun lalu, Suhakam menerima kira-kira 2,000 aduan mengenai isu tanah di seluruh negara.

Dengan negara cepat membangun, akan timbul lebih banyak isu bersabit pencerobohan tanah, katanya.

Sementara itu, Suhakam menerima 13 aduan berkaitan tanah di Kuching, 35 di Serian dan 12 di Betong setakat ini tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan