Saya Masih Mampu Tadbir Kedah - Azizan

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau masih mampu mentadbir Kedah dan tidak perlu digantikan buat masa ini.

"Siapa kata saya tak mampu...saya bukan profesionalkah. Apa Tok Det (Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar) profesional?

"Kedah sekarang lebih baik dari masa diperintah Barisan Nasional. Saya tidak hutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek membazir.

"BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) guna duit pusat. Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit negeri," kata Azizan kepada pemberita semasa diminta mengulas cadangan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, supaya beliau digantikan dengan anggota Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan cek zakat RM100,000 daripada Affin Islamic Bank Berhadap kepada Tabung Yayasan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini, Khamis.

Cek diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu kepada Rektor KUIN Prof Datuk Wira Dr Jamil Osman.

Mengenai komen bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin bahawa tiada perubahan dibuat untuk memartabatkan Islam di Kedah berbanding Kelantan, Azizan berkata kedua-dua negeri berbeza dan tidak boleh dibandingkan.

"Kelantan ditabir Pas lebih 30 tahun dan menang dengan majoriti banyak. Saya menang 16 kerusi sahaja dan terpaksa berkongsi dengan sekutu bukan dari Pas. Banyak perkara yang hendak dibuat kena runding dulu dengan mereka.

"Contohnya larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramahan baru-baru ini...walaupun keputusan awal kita melarang tetapi selepas runding larangan itu ditarik balik.

"Kita baru perintah tidak sampai sepenggal, simpatilah sama dengan saya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan