PM Umum Peruntukan RM50 Juta Bagi Sektor Ushawan Kecil Dinamik

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM50 juta di bawah program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) sebagai inisiatif bagi memperkasakan sektor usahawan desa.

Perdana Menteri berkata, menerusi peruntukan berkenaan, ia akan memberi manfaat kepada 10,000 usahawan kecil terutamanya di kawasan luar bandar.

Selain itu menurut Najib, selaras dengan strategi baru kerajaan melalui program Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS 4), kerajaan sedang dalam proses melancarkan program Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di Perak.

"Program ini berfungsi sebagai pusat pembekalan agromakanan dan agribisnes yang menghubungkan pengeluaran dengan pengguna seluruh Malaysia.

"Inisiatif ini dilakukan untuk memperhebatkan rangkaian pasaran produk desa," katanya ketika berucap pada Karnival Usahawan Desa 2011 di Laman 1Malaysia di sini.

Selain itu Perdana Menteri berkata, selaras dengan matlamat untuk memastikan usahawan desa terus berkembang, kelompok berkenaan perlu menggunakan pendekatan baru yang lebih proaktif terutama bagi memasarkan produk mereka ke peringkat yang lebih luas.

"Usahawan desa mesti lebih berinovatif dan kreatif supaya kita akan melihat lebih banyak penemuan baru yang mempunyai masa depan yang cerah.

"Saya juga berharap senario di mana seluruh kampung menjual kuih yang sama atau keropok tidak dilihat di mana-mana sahaja di negara ini.

"Kita perlu menyuntik inovasi dalam produk tempatan yang boleh mewujudkan permintaan baru," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan