PM Somalia Ucap Takziah Kepada Keluarga Noramfaizul

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Perdana Menteri Kerajaan Sementara Somalia Dr Abdiweli Mohamed Ali menyampaikan ucapan takziah beliau dan negaranya kepada Malaysia terutamanya kepada keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan di Mogadishu pada awal bulan ini.

Ucapan takziah itu disampaikan Abdiweli kepada Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dalam pertemuan dua hala antara kedua-dua negara yang menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung di New York.

"Abdiweli sangat terharu tentang keprihatinan Malaysia terhadap Somalia, dan usahanya menerusi badan bukan kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kemanusian seperti makanan dan perubatan kepada rakyat negara itu," kata Anifah memberitahu Bernama di sini.

Anifah berada di New York mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Perhimpunan Agung PBB ke-66 dengan tema "Peranan Mediasi dalam Penyelesaian Pertikaian dengan Cara Aman".

Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 September lepas.

Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Anifah menegaskan bahawa Malaysia akan tetap meneruskan usaha menyalurkan bantuan kepada negara berkenaan walaupun selepas kejadian itu berlaku.

"Kini Mercy Malaysia sedang berada di Somalia, dan beberapa badan bukan kerajaan lain turut memohon kementerian membantu mereka dalam meneruskan usaha mereka untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat negara Afrika itu," katanya.

Baru-baru ini, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mengumumkan bahawa misi bantuan kemanusiaan akan kembali ke Somalia pada bulan depan untuk memberikan bantuan di negara itu, selain menamakan sebuah khemah pelarian di sana sempena nama Noramfaizul. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan