Nurul Izzah Yakin Bapa Tidak Bersalah

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yakin bahawa bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah susulan penyebaran klip video terbaru dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu yang dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasuk Papagomo.com.

"Saya kecewa kerana tumpuan lebih diberikan terhadap isu yang membabitkan Datuk Seri Anwar berbanding kes-kes lain. Belumpun selesai kes liwat kedua, kini timbul pula klip video terbaru," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima memorandum daripada Jawatankuasa Gerakan Keadilan Untuk Lim Lian Geok di pejabat PKR di sini, Khamis.

Menurut Nurul Izzah, beliau percaya wujud tangan-tangan hitam yang berselindung di sebalik penyebaran klip video terbaru itu.

"Klip video itu sudahpun tersebar ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Terlalu jelas ia dilakukan oleh individu tertentu untuk menjejaskan imej Datuk Seri," ujarnya.

Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina.

Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Bagaimanapun, Ismail berkata, ia akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.

Sementara itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mahu agar keadilan diberikan kepada bapanya berhubung kes liwat dan rakaman video seks yang dikaitan dengan beliau.

"Saya kecewa dengan prosedur siasatan yang dilakukan terhadap trio Datuk T. Wujud seribu satu tanda tanya terhadap cara siasatan dikendalikan," katanya.

Terdahulu, Nurul Izzah menerima memorandum daripada Jawatankuasa Gerakan Keadilan Untuk Lim Lian Geok yang menuntut kerajaan supaya mengembalikan status kewarganegaraan kepada mendiang Cikgu Lim.

Turut bersama dalam majlis penyerahan memorandum itu adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR.

Dalam memorandum itu, jawatankuasa tersebut yang diwakili 82 pertubuhan di kalangan masyarakat Cina turut menuntut supaya mendiang diiktiraf sebagai seorang guru yang sah.

Nurul Izzah berkata, beliau turut menyokong usaha yang dilakukan jawatankuasa tersebut demi menuntut keadilan terhadap Cikgu Lim yang berbakti kepada rakyat khususnya dalam memartabatkan pendidikan Cina sejak 50 tahun lalu.

"Saya harap kerajaan menghormati tuntutan ini terutamanya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan transformasi politik di Malaysia," katanya.

Lim dilucutkan kewarganegaraannya pada 12 Ogos 1961 selepas didakwa mengelirukan dan memutarbelitkan dasar pelajaran kerajaan, bertujuan untuk menghasut ketidakpuasan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan serta membuat rayuan-rayuan emosional bersifat perkauman yang melampau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan