Najib Garis Empat Pendekatan Bangunkan Bidang Keusahawanan

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menggariskan empat pendekatan bagi menjadikan pembangunan bidang keusahawan di negara ini lebih berjaya dan berdaya maju.

Perdana Menteri berkata empat pendekatan itu ialah memperkenalkan idea-idea baharu yang lebih kreatif, menyuntik daya inovasi dalam perniagaan, penjenamaan yang lebih kuat dan terkenal serta penggunaan laman-laman maya dalam mengembangkan pasaran produk.

Beliau berkata kaedah baru itu penting kerana pada masa ini, bidang keusahawanan di negara ini, belum berjaya sepenuhnya. "Namun kita tidak seharusnya kecewa sebab kita tidak berjaya sepenuhnya kerana bibit-bibit kejayaan sudah pun kita lihat. Apa yang perlu ialah kita lipat-gandakan lagi mereka yang berjaya. "Kita tidak mahu mereka cuma pengusaha-pengusah kerdil tetapi kita hendak mereka berkembang pada peringkat serantau dan global yang boleh kita banggakan," katanya ketika merasmikan Karnival Usahawan Desa 2011 di sini, Khamis.

Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Antara pendekatan atau idea baru yang perlu dilakukan, kata Najib ialah dengan melihat kepada bidang-bidang di mana persaingan perniagaannya tidak begitu dahsyat sehingga menyebabkan margin atau pulangan kepada usahawan terbabit terlalu kecil.

"Jika kita melihat di banyak kawasan perniagaan, berpuluh-puluh kedai menjual barang yang hampir sama. Ini menyebabkan perniagaan kita tidak membawa kepada keuntungan yang menjadikan perniagaan kita lebih kukuh dan besar.

"Oleh itu, kita mesti melihat, bila sebut keusahawanan, bukan bererti kita pakai terjah. Kita mahu usahawan yang mempunyai kemampuan memilih bidang yang mampan dan berkembang serta memberi peluang yang lebih luas," katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata langkah menghubungkan pengusaha kecil, terutama dari luar bandar dengan pasaran yang lebih luas menerusi konsep Kedai Runcit 1Malaysia, yang diterajui oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd, merupakan idea baru yang dapat memberikan keuntungan yang besar kepada usahawan terbabit.

Sebab itu, katanya kerajaan menggalakkan jaringan kerjasama itu kerana produk pengusaha terbabit bukan untuk pasaran setempat sahaja sebaliknya menyeluruh ke seluruh negara.

Perdana Menteri berkata para usahawan juga perlu menyuntik inovasi dalam penghasilan produk mereka kerana ia boleh mewujudkan permintaan baharu terhadap barangan tersebut.

Sambil memberi contoh terdapat seorang pengusaha yang mahu menghasilkan silinder LPG (gas petroleum cecair) berbentuk baharu yang lebih ringan dan tahan lama, Najib berkata produk berkenaan mempunyai potensi besar dan mampu memberi pulangan yang baik. "Saya mahu usahawan yang berfikiran lebih jauh ke hadapan. Saya tidak mahu generasi yang ikut dengan pemikiran lama. Kalau kita dengan pemikiran lama, kita tidak mungkin dapat maju dan berjaya dalam mengendalikan perniagaan yang mampan," katanya.

Daripada segi penjenamaan pula, Perdana Menteri berkata perkara itu dianggap penting dan perlu diberikan perhatian kerana jika sesuatu jenama itu diterima oleh pengguna, ia boleh memberikan keuntungan yang besar kepada pengusaha.

"Penjenamaan mempunyai premium dan nilai. (Misalnya,) kos sesuatu barang itu mungkin RM10,000 tetapi kalau penjenamaan hebat, kita boleh jual (pada harga) RM20,000 kepada pengguna."

Najib berkata para usahawan juga perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan laman-laman maya seperti internet dalam memasarkan produk mereka.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan telah pun melancarkan Program Transformasi Desa (RTC) Gopeng, Perak, yang merupakan inisiatif baru ke arah memperkasakan sektor usahawan desa.

Katanya RTC tersebut berfungsi sebagai pusat pembekalan agromakanan dan agribisnes yang menghubungkan pengeluaran dengan pengguna seluruh Malaysia dan inisiatif itu dilakukan untuk memperhebatkan rangkaian pasaran produk desa.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan awal RM50 juta di bawah program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) bagi membantu usahawan kecil, terutamanya di kawasan luar bandar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan