Hudud: Dr Dzulkefly Ingatkan Mahathir Jangan Melampau

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan Dr Mahathir agar tidak melampau dengan mencabar PAS melaksana hukum Hudud selepas pengundurannya sebagai Perdana Menteri. - Foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN
Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan Dr Mahathir agar tidak melampau dengan mencabar PAS melaksana hukum Hudud selepas pengundurannya sebagai Perdana Menteri. - Foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad pada Khamis mengingatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak melampau dan keterlaluan dalam kenyataannya yang mencabar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri itu memandangkan dia tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Dr Dzulkefly berkata, Akta Mahkamah Syariah 1965 yang tertakluk pada ‘Formula 356’ telah membataskan pelaksanaan hukum Hudud itu sendiri sekalipun Dr Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Hendak saya ingatkan Tun yang pernah menyebutkan bahawa Melayu mudah lupa, mungkin dia juga sebagai Melayu perlu diingatkan bahawa pada 1965 Parti Perikatan ketika itu telah meluluskan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang membataskan bidang pelaksanaan undang-undang syariah tertakluk pada ‘Formula 356’ iaitu penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

“Maka, sekaligus meletakkan semua hukum-hukum Hudud terbatas dengan formula itu.

“Barisan Nasional yang sudah memerintah negara berdekad-dekad lamanya tahu akan perkara itu,” katanya dalam taklimat ringkas di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, di sini, Khamis.

Dr Mahathir dalam kenyataannya pada Rabu, mencabar Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri melaksanakannya.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu juga pernah memberikan amaran keras kepada Datuk Nik Aziz yang mengambil-alih kerajaan negeri pada 1990 supaya tidak melaksanakan hukum Hudud dan mula mencabar pelaksanaan hukum itu selepas dia tidak lagi terlibat dengan kerajaan.

“Jangan melampau dalam keinginannya untuk menyebutkan perkara yang dia sendiri pernah halang dan larang kerana ia hanya akan mendedahkan pekung di dada sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly melihat provokasi yang dicetuskan oleh Dr Mahathir sebagai permainan politik yang bertujuan untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana di ambang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .

“Tun sengaja membangkitkan isu ini sekarang untuk mencetuskan porak-peranda dalam kepimpinan PR. Tun dan pimpinan Umno yang lain menganggapnya begitu dan berharap agar PAS mahu melaksanakannya dan akan mengundang perbalahan daripada pimpinan Pakatan yang lain, “ katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa atas semangat dan persepakatan politik PR, PAS tidak memaksa pelaksanaan hukum tersebut secara melulu atau mengikut saluran yang tidak sah.

“Sebagai sebuah parti perjuangan Islam, demokratik, asli dan berdaftar, PAS akan mengambil pendekatan secara demokrasi dan mengikut saluran perundangan dan tidak akan memaksakan Islam khususnya menerap dan menguatkuasa hukum Islam secara pintu belakang.

“PAS yakin rakyat tidak akan takut dengan undang-undang Islam kecuali mereka yang bersalah, curang dan khianat,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan