Hospital KL Nafi Pilih Kasih Terima Pelatih

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Zaninah Mohd Zain pada Khamis menafikan laporan akhbar kononnya hospital itu bersikap "memilih bulu" dalam menimbang permohonan pelatih untuk menjalani latihan.

Beliau berkata semua penempatan pelatih ke HKL perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. "HKL tidak meluluskan permohonan mengikut pilih kasih. Semua permohonan yang diterima dan diproses adalah mengikut prosedur yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dr Zaninah mengulas laporan dua akhbar berbahasa Cina yang memuatkan dakwaan seorang pengadu bahawa HKL telah menafikan permohonan anak perempuannya seorang graduan jurusan Sains Forensik untuk membuat latihan di hospital itu kerana ibunya bukan berbangsa Melayu.

Dr Zaninah menjelaskan bahawa graduan tersebut berkelulusan Sains Forensik sedangkan HKL menyediakan perkhidmatan dalam bidang Perubatan Forensik.

"Kelayakan Sains Forensik yang dimiliki anak perempuan pengadu adalah sesuai untuk menjalani praktikal di Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya iaitu sebuah makmal sains forensik kerajaan.

"Jabatan Kimia Malaysia mempunyai makmal Sains Forensik seperti Makmal Toksikologi, Makmakl DNA/Biologi, Makmal Balistik dan sebagainya yang sesuai dengan kelayakan anak pengadu," jelas Dr Zaninah. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan