Filem Hantu Bonceng: PAS Jangan Tahu Kritik, Perlu Ada Lajnah Hiburan & Kesenian

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

PETALING JAYA: PAS perlu lebih berani dan jangan hanya tahu mengkritik dengan mendakwa filem Hantu Bonceng mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.

Sebaliknya, PAS sebagai parti Islam perlu ada Lajnah Hiburan dan Kesenian mereka sendiri, demikian cadangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"PAS perlu ada Lajnah Hiburan dan Kesenian mereka sendiri supaya mereka dapat terbitkan filem-filem yang dapat mendidik masyarakat tentang Islam.

"Mereka tidak boleh hanya mengkritik sahaja, tetapi perlu beri alternatif dan jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Dewan Pemuda PAS yang mengemukakan memorandum bantahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta menggesa campur tangan badan berkenaan dalam memantau dan menapis karya filem tempatan khususnya yang mempunyai kaitan dengan Islam.

Pada Selasa, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dilaporkan berkata, Jakim perlu bertindak tegas terhadap mana-mana penerbitan filem mahupun drama tempatan yang bercanggah dengan ajaran Islam selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan sendiri oleh pihak berkuasa agama itu.

Nasruddin mendakwa, salah satu babak yang dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan Raja Lawak telah menghina Nabi Muhammad apabila beliau menyebut "Asyhadu anna Muhammadar...syaitan" yang jika diterjemahkan membawa maksud 'Aku naik saksi bahawa Muhammad itu...syaitan."

Mengulas lanjut, Mohd Asri yang juga pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia berkata, sudah tiba masanya PAS mengetepikan soal politik seketika dengan memberikan tumpuan untuk mendidik masyarakat dengan penubuhan Lajnah Hiburan dan Kesenian.

"Dengan adanya biro seperti ini, PAS boleh menerbitkan filem sendiri, mereka juga boleh tapis serta menjaga sensitiviti seperti yang dituntut dalam Islam,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Asri turut menegur sikap penerbit filem tempatan yang gemar menerbitkan filem hantu kerana menurutnya filem berkenaan hanya akan mengelirukan serta membuat masyarakat terpengaruh dengan amalan khurafat yang dipaparkan dalam medium berkenaan.

"Saya ingin nasihatkan produser-produser filem tempatan kita ni, sudah-sudahlah terbitkan filem hantu. Tak ada manfaatnya..Ia tidak membina pemikiran masyarakat.

"Yang banyak dipaparkan adalah amalan-amalan karut dan babak bomoh guna ayat al-Quran sedangkan ia digunakan dalam konteks yang salah. Babak seperti ini bukan sahaja dalam filem Hantu Bonceng tapi banyak dalam filem-filem seram yang lain,” katanya.

Mengulas mengenai dialog yang dilafazkan oleh pelakon Zizan Raja Lawak, dalam filem Hantu Bonceng yang didakwa menghina Islam, Mohd Asri berkata beliau bersetuju babak dan dialog yang digunakan oleh pelakon berkenaan boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam.

"Pada pandangan saya, Zizan bukan mahu menghina Islam…saya bersetuju dialog dan babak tersebut memang tidak sesuai dan salah..itu yang perlu diperbetulkan.

"Tapi untuk kata dia (Zizan) menghina Islam, kita perlu teliti dengan lebih mendalam..Mungkin dia tidak maksudkannya tapi pada zahirnya kita lihat dia seolah-olah menghina Islam. Kita perlu ingat implikasi menghina Islam adalah kafir dan bukan mudah untuk kita menuduh orang sebagai kafir kerana ia memberikan kesan yang lebih besar,” katanya.

Zizan yang merupakan pelakon utama filem Hantu Bonceng turut memohon maaf ekoran dialog kontroversi yang dilafazkannya dalam satu babak dalam filem tersebut.

Zizan dilaporkan berkata menerusi Twitter, dia tidak mungkin secara sengaja atau tergamak mahu menghina agama sendiri.

Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham berdurasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu.

Ia turut mencipta sejarah dengan kutipan terbesar semasa musim perayaan berjumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan.

Menurut angka rasmi FINAS, secara keseluruhannya Hantu Bonceng telah berjaya mengutip RM8 juta. Tayangan filem tersebut di pawagam telah pun berakhir minggu lalu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan