Bank Pembangunan Lantik Mohammed Hussein Sebagai Pengerusi

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Datuk Mohammed Hussein sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 Sept, 2011, menggantikan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias, yang bersara 1 Ogos.

Mohammed, 60, memiliki ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) daripada University of Newcastle, Australia dan di dalam alumni Harvard Business School Advanced Management Programme, Boston, AS, demikian menurut BPMB dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkhidmat selama 31 tahun dengan Maybank Group dan memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan termasuk ketua perbankan korporat, ketua perbankan komersial, ketua operasi Malaysia, pengarah urusan/ketua pegawai eksekutif Aseambankers Malaysia Bhd.

Sebelum persaraannya pada Januari 2008, beliau merupakan pengarah eksekutif/timbalan presiden/ketua pegawai kewangan Maybank.

Pada masa ini beliau adalah pengerusi Quill Capital Management Sdn Bhd, Malaysia Commercial Development Fund Pte Ltd, PT Bank Maybank Syariah Indonesia dan pengarah Hap Seng Consolidated Bhd, Ancom Bhd, Danajamin Nasional Bhd, PNB Commercial Sdn Bhd, CapitaCommercial Trust Management Ltd dan MCB Bank Ltd (Pakistan).

Beliau juga merupakan anggota lembaga University Malaysia Kelantan dan anggota Jawatakuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat Bank Negara Malaysia.

BPMB memulakan operasi pada 8 Jun, 1974 sebagai institusi pembangunan kewangan milik kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan Diperbadankan.

Bank diberi mandat untuk menyediakan pembiayaan jangka ssederhana dan panjang kepada industri berintensifkan modal, yang termasuk projek infrastruktur, sektor maritim dan teknologi tinggi.

Kumpulan mempunyai gabungan nilai aset lebih RM30 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan