Anugerah Kedai Harga Patut Sah Sehingga Dibatalkan

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tahun ini, Anugerah Kedai Harga Patut oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah sah dan boleh diguna pakai premis perniagaan yang diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut (KHP) sehingga dibatalkan.

Menterinya, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembatalan pengiktirafan KHP yang dianugerahkan itu hanya berlaku sekiranya penerima anugerah berkenaan didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan menerusi pemantauan berterusan KPDNKK.

"Penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti kadar harga barangan yang dijual, kualiti perkhidmatan, persekitaran premis dan kaedah peragaan barangan.

"Saya berharap pengiktirafan KHP selepas ini akan menguatkan lagi keazaman para penerima anugerah untuk terus mengekal dan meningkatkan nilai produk serta perkhidmatan kepada pelanggan juga amalan perniagaan yang positif," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Kedai Harga Patut 2011 di Dewan Serbaguna KPDNKK di sini, Khamis.

Hadir sama, Timbalan Menteri, Datuk Tan Lian Hoe dan Datuk Rohani Abdul Karim selain Ketua Setiausaha, Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Daud Tahir serta Mahani Tan Abdullah (Kepenggunaan dan Pengurusan).

Pada majlis itu, sebanyak 141 premis perniagaan sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan menerima pengiktirafan Anugerah Kedai Harga Patut.

Di seluruh negara, lebih 500 premis melibatkan 19 kategori perniagaan diiktiraf kerana menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan kepada para pelanggan.

Kategori penyertaan termasuk barangan kulit, optik, elektrik dan elektronik, kraftangan, barangan kemas, tekstil/pakaian, alat telekomunikasi, kamera, komputer dan aksesori, DVD/VCD/CD/kaset, jam tangan, kosmetik/wangian, gerai makan, kedai makan/restoran, pasar mini, pasar raya dan kedai runcit.

Para penerima Anugerah KHP menerima sijil penghargaan, plak, pelekat dan banting untuk dipamerkan di premis perniagaan bagi tujuan promosi. Di samping itu, senarai lengkap KHP turut dimuatkan di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my sebagai panduan kepada orang ramai.

Anugerah Kedai Harga Patut diperkenalkan pada 2003 dalam usaha mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti pada harga yang berpatutan dan kompetitif.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan sumber pendapatan dan kualiti perkhidmatan sektor perdagangan pengedaran dan peruncitan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan