Sarawak Mahu Media Bantu Tingkat Kesedaran Penubuhan Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan negeri mahu media arus perdana memperbanyakkan berita dan rencana berkaitan sejarah penubuhan Malaysia bagi membolehkan rakyat terutama golongan muda lebih memahami sejarah negara.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata pemahaman dan kesedaran penubuhan Malaysia sama penting dengan Hari Kemerdekaan.

Perkara itu perlu diperjelaskan bagi mengelak sebarang kekeliruan timbul dan penghayatan lebih berkesan terhadap dua hari bersejarah itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka NSTP Kuching di sini Rabu.

Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata media arus perdana seharusnya memberi lebih banyak ruang kepada berita dari Sarawak yang kini dilihat terlalu sedikit disiarkan media arus perdana.

"Untuk meningkatkan intergrasi nasional, berita dari Sarawak perlu lebih banyak disiarkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan