Rakyat Malaysia Diharap Lebih Matang, Tidak Perjudi Keselamatan Negara

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Rakyat Malaysia diharap cukup matang dan dapat mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan negara apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan kelak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata.

Meluahkan rasa khuatir ada pihak yang akan mengambil kesempatan di atas pemansuhan akta tersebut, Dr Mahathir berharap rakyat tidak memperjudikan nasib negara dengan mengambil mudah soal keselamatan negara.

"Saya berharap rakyat Malaysia cukup matang untuk memahami bahawa apabila tiadanya undang-undang, tetapi kawalan diri mesti diamalkan, anda mesti mendisiplinkan diri tidak menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, Rabu.

Mengenai akta baru yang bakal menggantikan ISA, Dr Mahathir berharap ia dapat menutup kelemahan akta yang diwartakan pada 1960 itu bagi memastikan tidak ada penyalahgunaan undang-undang.

"ISA ini yang kurangnya ialah kerana tidak ada perbicaraan dalam mahkamah, ia mengikut budi bicara pihak yang diberi kuasa, dengan itu mungkin ada yang menyalah guna kuasa.

"Tetapi kita boleh ada perbicaraan dalam mahkamah tetapi kadang-kadang sesetengah tahanan ada peguam baik (boleh) lepas, kalau tidak, tak lepas," katanya. Mengenai kesediaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu Malaysia dalam merangka undang-undang untuk menggantikan ISA, Dr Mahathir berpendapat, kerajaan boleh mendengar pandangan AS namun pada masa sama harus berpada-pada.

"AS ada Patriotic Act yang memberi kuasa penuh kepada presidennya untuk buat apa sahaja. Kalau pergi AS kasut kita diperiksa dan kalau mereka ingat kita orang Islam akan diasingkan dan diperiksa menyeluruh...jadi saya fikir kerajaan kita tak ikut la itu.

"Kalau hendak dengar tetapi berpada-padalah...kita pun cekap juga nak menjaga keselamatan...US style of security tak payah la," katanya.

Selain AS, Kesatuan Eropah (EU) turut menyatakan kesediaannya untuk berkongsi pengalamannya tentang undang-undang keselamatan dengan Malaysia selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan akta itu sempena sambutan Hari Malaysia, pada Khamis lepas.

Turut dimansuhkan ialah Pengisytiharan Darurat dan kerajaan turut memutuskan untuk menggantikan lesen percetakan tahunan dengan pembaharuan lesen yang tidak perlu diperbaharui setiap tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan