Pos Malaysia Jangka Peningkatan Jumlah Bagasi Haji

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia yang sinonim dengan proses kiriman barangan jemaah haji yang dikenali sebagai Bagasi Haji (BH) menjangkakan peningkatan berat bagasi sebanyak 150 tan menjelang musim haji ini berbanding 118 tan pada tahun lalu.

Ketua Hub Antarabangsa Pos Malaysia, Mohd Effendi Muhammad berkata, sasaran itu dipengaruhi oleh peningkatan jumlah jemaah haji pada tahun ini seperti yang dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji.

“Kita jangkakan jumlah berat bagasi akan meningkat pada musim haji kali ini daripada 118 tan (2010) kepada 150 tan berdasarkan peningkatan jemaah pada tahun ini,” katanya.

Mohd Effendi berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Pos Malaysia, di sini, Rabu. Beliau turut ditemani oleh Ketua Delegasi Projek Bagasi Haji Pos Malaysia, Ahmad Seman.

Katanya, sebagai persiapan untuk memastikan kelancaran proses kiriman bagasi para jemaah, Pos Malaysia yang berpengalaman dalam perkhidmatan itu sejak 1998 akan menambahkan bilangan petugas kepada 30 orang berbanding 25 pada tahun lalu.

“Staf kami sudah bersedia untuk musim haji kali ini kerana kita berpengalaman dalam perkhidmatan ini sejak 13 tahun lalu.

“Malah, kami akan menambahkan jumlah staf bertugas kepada 30 orang berbanding 25 pada tahun lalu ekoran peningkatan jumlah bagasi pada kali ini,” katanya.

Tambah beliau, bersempena musim haji kali ini, Pos Malaysia turut menawarkan pakej diskaun istimewa ke atas kiriman bagasi dan air zam zam.

Caj penghantaran bagi bagasi/barangan sekilogram diberikan diskaun sebanyak RM1 iaitu RM14 bagi semenanjung Malaysia dan RM19 (Sabah/ Sarawak).

Kadar penghantaran air zam zam bagi setiap botol 10 liter pula ialah RM115 (semenanjung Malaysia) dan RM135 (Sabah/ Sarawak).

Kadar berkenaan adalah bersamaan dengan mata wang Saudi Riyal (SR).

Dalam pada itu, Mohd Effendi juga sempat mengingatkan para jemaah agar mematuhi berat maksimum yang ditetapkan iaitu 30kg bagi memastikan barangan mereka berada dalam keadaan baik dan tidak rosak sepanjang proses penghantaran.

“Kita ingin menasihatkan jemaah haji untuk memastikan bagasi mereka tidak melebihi berat 30kg bagi setiap kotak untuk menjamin keadaan bagasi dan mengelakkan kerosakan pada bagasi ekoran proses perjalanan yang panjang.

“Bagaimanapun, jemaah boleh menghantar seberapa banyak kotak yang mereka mahu... lebih banyak, lebih baik,” katanya yang turut menjangkakan keuntungan pada tahun ini akan melebihi keuntungan yang dikutip pada tahun lalu iaitu RM3 juta.

Proses penghantaran bagasi yang mengambil masa kira-kira seminggu untuk tiba di rumah jemaah itu dijadualkan bertolak pada 24 September ini dan penghantaran terakhir pula pada 9 Disember depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai mengenai BH dan perkhidmatan berkaitan, layari www.poslaju.com.my.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan