Perkeso Sabah Bakal Lancar 'Ops Kesan' Besar-Besaran

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri Sabah akan melancarkan "Ops Kesan" secara besar-besaran dalam masa yang terdekat bagi mengesan majikan yang belum menunaikan tanggungjawab mendaftar pekerja mereka, kata pengarahnya Mariam Hassan.

"Kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengesan majikan mencarumkan pekerjanya di Perkeso," katanya kepada pemberita selepas menyampaian cek kepada dua penerima faedah hilang upaya kekal, di sini Rabu.

Beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 9,163 majikan telah mendaftarkan pekerja mereka di Perkeso.

"Dalam ops kesan pada awal tahun ini, Perkeso telah melakukan 175 serbuan, yang menyaksikan 18 majikan dikenakan kompaun," katanya.

Mariam berharap para majikan dapat mendaftarkan pekerja mereka secara sukarela sebelum pihaknya mengambil tindakan terhadap mereka.

Mengenai pembayaran pampasan kepada pencarum, Mariam berkata dari Januari hingga hari ini, seramai 968 pencarum perkeso menerima faedah berjumlah RM1.6 juta yang kebanyakannya terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan