Perak Akan Perkenal Langkah Atasi Masalah Kenaikan Kos

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan memperkenalkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup dalam penyediaan Bajet 2012, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata sebagai negeri yang juga pengeluar makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, kerajaan negeri akan menggalak petani membesarkan skala ladang bagi memastikan bekalan yang cukup di pasaran.

"Ini kerana harga barang makanan bukan semua ditentukan kerajaan sebaliknya banyak harga makanan dipengaruhi permintaan dan penawaran atau jumlah bekalan dan harga di pasaran," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya, Rabu.

Dr Zambry berkata rakyat harus faham masalah yang melanda kini adalah fenomena global.

Untuk itu, katanya kerajaan akan memperincikan di dalam bajet mengenai semua perkara yang melibatkan kos sara hidup termasuk dari segi peluang pekerjaan.

Beliau berkata orang ramai sendiri secara skala kecil boleh menangani masalah kenaikan kos dengan menanam sayur-sayuran di kawasan lapang di rumah masing-masing.

"Kita menggalakkan lebih banyak aktiviti tanaman...selain mengurangkan kos sara hidup, ini juga dilihat dapat membantu kempen cara hidup yang lebih sihat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan