Penjualan Aset PKNS: MB Selangor Perlu Jawab Dakwaan

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Rabu enggan mengulas berhubung isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) didakwa menjual tiga aset milik kerajaan negeri seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Sebaliknya, Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi PKNS merupakan individu paling layak untuk menjawab mengenai tuduhan yang dilemparkan itu.

“Saya tak boleh komen isu ini sebab saya tak ada maklumat mengenai penjualan bangunan tersebut.

“Abdul Khalid, merupakan orang yang paling sesuai untuk jawab isu ini. Berdasarkan maklumat yang saya tahu dakwaan PKNS jual tiga aset mereka tak benar, ia hanya melibatkan soal pelaburan sahaja,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS pusat berkata, isu tersebut merupakan hak kerajaan negeri dan semua keputusan berkaitan penjualan aset adalah terpulang kepada PKNS.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan artikel PKNS menafikan dakwaan mereka menjual tiga aset milik kerajaan negeri iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya kepada Amanah Raya Real Investment Trust (Arreit).

Pengurus Korporat PKNS, Noorhisham Mohd Ghouth dipetik sebagai berkata tiga bangunan tersebut hanya mengalami proses pengambilalihan sebagai usaha PKNS untuk menjana pendapatan sedia ada menerusi pelaburan dalam Real Estate Investment Trust (Reit).

Noorhisham dilaporkan berkata menerusi pelaburan dalam Reit, PKNS telah bekerjasama dengan Amanah Raya untuk mempertingkatkan keuntungan aset sedia ada yang bernilai RM4 bilion kepada jumlah yang lebih besar.

Pada Isnin, sebuah blog mendakwa langkah penjualan tiga aset kerajaan negeri menyebabkan peningkatan kadar sewa serta penempatan semula lokasi premis perniagaan penyewa sedia ada.

Dalam artikel yang disiarkan dalam laman blog Darul Ehsan Today penulis mendakwa, pengambilalihan ini satu langkah mencurigakan dan menegaskan PKNS perlu memberi penjelasan lanjut berhubung perkara ini.

Dia turut mempersoalkan berhubung beban yang perlu ditanggung oleh peniaga di tiga bangunan terbabit setelah peningkatan kadar sewa bermula tahun hadapan.

Bukan itu sahaja, sepucuk surat rasmi PKNS bertarikh 12 September 2011 yang dihantar kepada turut dimuat naik dalam blog berkenaan sebagai bukti bahawa wujudnya arahan untuk menaikkan kadar sewa di tiga premis perniagaan berkenaan berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan