PDRM Nafi Dakwaan Polis Dalang Cubaan Bakar Rumah Mat Sabu

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu menafikan dakwaan anak lelaki Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, iaitu Ahmad Saiful Islam, 23, bahawa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis bersifat profesional dalam menjalankan kerja mereka.

"Orang menuduh polis macam-macam jadi timbanglah sendiri, pada saya bila satu kejadian berlaku, kita adalah satu agensi yang telah menekankan selama ini dan akan datang, bahawa we are professional agency.

"Kita bersikap terbuka dan adil dengan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Triaj PDRM di Balai Polis Travers.

Media pada Rabu melaporkan kediaman Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu cuba dibakar oleh individu tidak dikenali selepas disimbah cecair dipercayai minyak tanah, tengah malam semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, rumah teres dua tingkat di Jalan Belat 19/32C, Seksyen 19 di sini tidak mengalami kerosakan teruk, sebaliknya hanya sebahagian daripada pintu pagar yang terjejas.

Anak kedua Mat Sabu, Nurul Huda Mohamad, 28, berkata, ketika kejadian bapanya tiada di rumah kerana menghadiri program di Pulau Pinang manakala ibunya, Normah Alwi, 57, berada di Perlis kerana sedang menjaga datuk dan neneknya yang sedang sakit. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan