Orang Asli Di Negeri Sembilan Bakal Terima Pendapatan Bulanan RM1,500

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kaum Orang Asli di Negeri Sembilan bakal menerima pendapatan bulanan kira-kira RM1,500 menerusi pegangan saham mereka dalam estet getah dan kelapa sawit di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu dapat dilakukan menerusi penukaran status tanah kepada tanah rizab Orang Asli yang dilaksana secara bersama oleh kerajaan negeri dan pusat sekarang.

"Setakat ini kita sudah beri kepada 13 buah kampung melalui 200 hektar tanah di Johol yang ditukar menjadi tanah rizab Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini Rabu.

Semua tanah terbabit akan dibangunkan untuk tanaman getah dan kelapa sawit oleh Risda dan Felcra, manakala setiap keluarga Orang Asli berkenaan menerima nilai saham yang setara dengan lima ekar tanah, katanya.

"Selepas tolak belanja pengurusan, saham-saham ini akan memberi pendapatan berjumlah RM1,500 sebulan kepada setiap keluarga Orang Asli," katanya.

Mohamad berkata terdapat 68 buah kampung Orang Asli berdaftar dengan kerajaan negeri.

"Bagi kampung yang tidak mempunyai keluasan tanah mencukupi, ini tidak menjadi masalah kerana penduduk di kampung terbabit akan memiliki pegangan saham di kampung lain yang mempunyai tanah lebih luas dan maju sebagai sebuah mini estet," katanya.

Istimewanya kata beliau, saham terbabit boleh diwarisi anak-anak.

Malah kata Mohamad, ada keluarga yang menerima dua atau tiga lot saham kerana mempunyai anak yang sudah berkahwin. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan