OKU Dari Yaman Gembira Terima PHD Di USM

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari Yaman pada Rabu gembira kerana berjaya menggenggam Ijazah Doktof Falsafah (PhD) pada Upacara Konvokesyen ke-44 Universiti Sains Malaysia (USM).

Hesham Hassan Hussein Abdul Aziz, 40, berkata beliau yang tidak boleh berjalan sejak kecil melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan PhD di USM sejak 2003.

"Saya belajar bidang farmasi untuk sarjana dan PhD, atas berkat kesabaran dan bantuan pensyarah dan rakan-rakan di USM akhirnya saya berjaya menggenggam PhD hari ini," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau yang mempunyai dua anak lelaki berusia 13 dan 20 tahun, berkata beliau memilih untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia kerana sistem pendidikan di negara ini lebih baik berbanding di Yaman.

Katanya USM juga turut menyediakan kemudahan untuk pelajar OKU sepertinya di universiti itu.

"Saya akan balik ke Yaman dalam tempoh terdekat dan akan berkongsi ilmu yang saya dapat di USM dengan golongan muda di sana," katanya yang mempunyai sebuah farmasi di Yaman.

Hesham berkata beliau turut bangga dan teruja kerana menerima PhDnya hari ini daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM pada sidang pertama, Rabu.

Sementara itu, bekas Pegawai Turus Trafik Kontinjen Pulau Pinang DSP Wari Kiew yang turut menerima Sarjana Pengajian Perancangan pada sidang pertama hari ini merancang untuk melanjutkan ke peringkat PhD.

"Saya belajar secara sambilan di USM sejak 2004," katanya yang akan menerima Diploma Siswazah dan Kepolisan di Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia pada Khamis.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Presiden Riken Profesor Ryoji Noyori, Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada tokoh pemikir yang disegani Profesor Al'amin Ali Mazrui.

Baginda turut berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan