Ibu Bapa Lega Anak Dapat Duduki Semula UPSR

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Ibu bapa tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor dekat sini lega apabila anak mereka dibenarkan menduduki semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selepas pihak sekolah menghalang mereka berbuat demikian.

Augustine Milau, 42, seorang petani, ketika dihubungi pada Rabu berkata, mereka mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran yang campur tangan dalam isu itu.

Pada Selasa, Muhyddin berkata tiga pelajar terbabit akan menduduki peperiksaan itu selepas Lembaga Peperiksaan mengolah soalan yang hampir sama taraf dengan soalan UPSR yang baru selesai, dalam tempoh empat minggu. Muhyiddin berkata keputusan itu akan diterima sebagai keputusan rasmi UPSR.

"Sebagai ibu bapa, kami sangat gembira dengan jaminan dan bantuan beliau itu," katanya.

Beliau berharap kes seperti itu tidak akan berulang pada masa depan terutama ke atas pelajar luar bandar.

Katanya beliau dan ibu bapa pelajar yang lain sedang menimbang untuk membawa guru besar sekolah itu ke muka pengadilan.

Idie anak Ganyol, Edward Ujoh anak Augustine dan Richmend Mangi tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan