Dasar Kerajaan BN Bantu Atasi Masalah Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menyeru rakyat agar terus menyokong kerajaan sedia ada kerana segala dasar yang diperkenalkan menumpukan kepada penyelesaian berhubung permasalahan masyarakat.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional berkata dasar kerajaan pimpinan BN adalah jelas iaitu segala apa yang difikirkan penting dan perlu dibuat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat akan dilaksanakan sepenuhnya.

"Sebab itu dengan dasar yang jelas dan tegas kita mahu supaya dokongan rakyat kepada pimpinan BN semakin bertambah kukuh, lebih-lebih lagi kerajaan bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sekarang ini telah merancang dan melaksanakan pelbagai program transformasi besar yang kesemuanya menumpukan kepada permasalahan rakyat.

"Menjurus kepada isu-isu yang ada kaitan dengan rakyat jelata, sebutkan apa sahaja daripada program pembangunan ekonomi kita telah laksanakan, usaha mengatasi masalah kemiskinan, membantu rakyat luar bandar tingkatkan pendapatan, tingkatkan infrastruktur, semua telah kita laksanakan," katanya ketika berucap pada program beliau turun padang sempena majlis sambutan Aidilfitri Parlimen Marang dan perasmian pasar baru Kedai Buloh, Marang dekat sini, Selasa.

Muhyiddin memberitahu lebih 10,000 hadirin bahawa gagasan '1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' bukan satu slogan yang tidak diisi dengan erti sebenarnya sebaliknya melaluinya lahir pelbagai rancangan pembangunan dan transformasi negara, hasil kesinambungan daripada Rancangan Malaysia terdahulu hingga ke RMK-10.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk faedah rakyat terus hidup dalam keadaan lebih baik.

Muhyiddin turut menafikan sesuatu perancangan kerajaan dibuat hanya semata-mata sebagai gimik dan gula-gula politik atau pilihan raya umum semakin hampir seperti didakwa sesetengah pihak.

"... tetapi sebenarnya kita telah laksanakan hampir semua perkara yang difikirkan penting untuk rakyat sepanjang masa.

"Kita tak tengok tempoh jangka masa pendek tetapi yang lebih penting ialah untuk jangka masa panjang rakyat mesti kita bela," katanya. Beliau berkata Malaysia kini sudah menjadi contoh sebuah negara Islam yang maju apabila pemimpin dunia yang berkunjung ke negara ini melahirkan rasa kagum dan berminat mencontohi projek pembangunan yang dilaksanakan. Bagi mengekalkannya, katanya, rakyat seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang khususnya kerajaan Pas Kelantan yang masih gagal mengeluarkan negeri itu dari senarai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia. "Kalau kita lihat negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS seperti Kelantan, negeri jiran kita, sudah lebih 20 tahun ditadbir oleh PAS tetapi ia menduduki tempat tertinggi dalam kadar kemiskinan negara...apa yang Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) dah buat?.

"Apa yang berlaku di Kedah, orang mula mengatakan mereka tersilap 'pangkah' dalam pilihan raya lepas dengan pangkah yang di sebelah sana tetapi hari ini mula menyesal panjang, apatah lagi Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) pun dilihat tidak berupaya untuk mengisi kehendak dan kemahuan rakyat.

"Sebahagian besar pembangunan di Kedah adalah projek yang telah pun dilaksanakan kerajaan BN terdahulu dan kerajaan pusat untuk menentukan negeri itu tidak ketinggalan daripada arus pembangunan negara," katanya.

Muhyiddin berkata rakyat perlu sedar dan berfikir bahawa kedudukan negara yang menjadi 'imam' dalam soal pembangunan, mempelopori dasar-dasar utama sehingga diiktiraf di peringkat dunia adalah sumbangan kerajaan BN hari ini yang diketuai Umno.

Mengenai Pasar Kedai Buloh, Muhyiddin berkata kewujudan pasar baru bernilai RM9.3 juta yang mula beroperasi bulan lepas bakal memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar lebih-lebih lagi kepada para peniaga dan pengusaha yang terlibat dalam perniagaan di situ.

Beliau berkata pembukaan pasar baru itu merupakan satu menifestasi kejayaan menteri besar dan kesungguhan kerajaan BN.

Pasar Kedai Buloh dibina pada awal 2007 di atas kawasan seluas 1.5 hektar, mengandungi 16 unit kedai makan, 128 unit gerai kering, buah-buahan dan sayuran, 44 unit gerai basah dan 18 unit lot kedai pelbagai barangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan