DAP Tak Setuju Kenyataan Manoharan Mahu Tukar Jalur Gemilang

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP sama sekali tidak setuju dengan kenyataan seorang wakil rakyatnya yang mahu menukar Jalur Gemilang, kata pengerusi jawatankuasa disiplinnya Tan Kok Wai.

"Parti saya dan saya sendiri tidak bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dicakapkannya kerana kami adalah sebuah parti yang patriotik. Jawatankuasa Disiplin akan mengkaji perkara ini Jumaat ini walaupun belum menerima sebarang aduan rasmi," katanya kepada Bernama apabila dihubungi, Rabu.

Katanya ulasan Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan, dalam lalaman facebooknya minggu lepas bahawa bendera kebangsaan hendaklah diubahsuai kerana rekabentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia menyebabkan DAP menjadi tumpuan walaupun ia bukanlah pendirian rasmi parti.

Manoharan kemudian memohon maaf dan menarik balik ulasannya itu, namun beberapa pemimpin BN menyoal sikap membisu DAP di samping mencabar parti itu mengambil tindakan tatatertib terhadap beliau.

Ditanya sama ada Jawatankuasa Disiplin DAP akan bertindak terhadap Manoharan, Tan sekadar mengulangi kenyataannya bahawa jawatankuasa itu akan melihat perkara berkenaan pada Jumaat nanti.

"Kami mengambil kira bahawa Manoharan menyedari kesilapannya, telah menarik balik ulasannya itu dan memohon maaf," katanya.

Tan bagaimanapun menafikan bahawa DAP membisu mengenai perkara itu kerana beberapa orang pemimpin parti sudahpun membuat komen. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan