Bekas SU Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Maut Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Jabar, 66, meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, Marang, Selasa.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, kereta yang dipandu pemandu bekas setiausaha Parlimen itu bertembung dengan sebuah kereta lain yang dikatakan terbabas ketika mengambil selekoh di jalan berkenaan.

Bekas timbalan menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar berkata ketika kejadian Allahyarham dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu pagi ini.

"Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan teruk di bahagian tengkuk manakala pemandunya hanya cedera ringan," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Alias Hashim yang ditemui di tempat kejadian berkata kemalangan yang melibatkan Mercedes yang dinaiki Allahyarham serta Perodua Alza yang dinaiki enam rakyat Yaman itu, turut mengorbankan seorang wanita rakyat negara itu, manakala lima yang lain cedera.

"Seorang daripada penumpang kereta itu dikenali sebagai Nesma Nabil Abdul Karim Al-Saiban, 25, maut manakala yang lain cedera dan dirawat di HSNZ," katanya.

Beliau berkata, Perodua Alza yang dinaiki enam rakyat Yaman itu dalam perjalanan dari Dungun menghala ke Kuala Terengganu dikatakan gagal dikawal menyebabkannya terbabas ketika melalui selekoh lalu bertembung dengan kereta mangsa.

Allahyarham Awang merupakan bekas anggota Parlimen Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995.

Allahyarham ialah Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Biro Pemantau Umno Terengganu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Tekukur dan disembahyangkan di Masjid Al Muktafibillah Shah di sini sebelum dikebumikan selepas solat Zohor di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri dijangka menziarah jenazah Allahyarham di kediamannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan