Bajet 2012: Taib Yakin Kerajaan Pusat Tahu Keperluan Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau yakin kerajaan pusat tahu berapa keperluan peruntukan untuk Sarawak pada Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan hadapan.

Beliau berkata bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk meminta-minta peruntukan lebih daripada kerajaan pusat kerana sebelum ini peruntukan dalam bajet untuk Sarawak adalah mengikut kehendak keperluan semasa.

"Bajet untuk Sarawak akan kita peroleh melalui permohonan biasa sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis ramah tamah kakitangan awam Sarawak di Dewan Santapan di Petra Jaya, Rabu.

Pada Bajet tahun 2011 kerajaan pusat menyediakan RM6.9 bilion untuk projek infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik bagi meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.

Dalam bajet itu, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumakan peruntukan RM2.1 bilion bagi membina dan menaik taraf jalan luar bandar di dua negeri itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan