AIPA Perlu Main Peranan Promosi Rantau Asia Yang Aman

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA) perlu menjelaskan kepada warga Asean tentang peri mustahaknya wujud rantau Asean yang aman dan bebas dari segala bentuk ancaman.

Menyarankan demikian, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata sebuah rantau yang aman menjadi pemangkin bagi pembangunan ekonomi.

"Perlu juga dijelaskan bahawa negara-negara yang bergerak seiring antara satu sama lain adalah kondusif untuk melaksanakan kerjasama yang baik bagi pembangunan ekonomi," kata beliau di Perhimpunan Am Aipa ke-32 di Phnom Penh, Kemboja pada Rabu.

Teks ucapan beliau difaks kepada Bernama di sini.

Pandikar Amin berkata Aipa boleh memainkan peranan penting untuk merealisasi matlamat mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean, sementara anggota-anggota parlimen Asean menerusi Aipa pula boleh membantu menyelaras dan mengawal selia peraturan buruh, perdagangan dan pelaburan di negara masing-masing.

"Perlu juga dijelaskan bahawa struktur ekonomi negara-negara Asean yang seragam akan menarik dan mempermudahkan lebih banyak perdagangan dan pelaburan yang seterusanya akan mempertingkat kemakmuran rakyat," kata Pandikar Amin.

"Kegagalan memenuhi ekspektasi rakyat menerusi wakil di Parlimen akan memaksa mereka melahirkan suara di jalan-jalan raya menerusi demonstrasi dan protes yang boleh membawa kepada kekacauan dan krisis politik," ujarnya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan