Tuduhan Salah Pengurusan Dalam Maybank Oleh Nube Tak Berasas - Wahid Omar

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Maybank menafikan dakwaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang terdapatnya salah pengurusan dalam bank komersil terbesar negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, tuduhan itu sememangnya tidak berasas langsung.

Di sebalik tuduhan oleh NUBE itu, Maybank mahu mengulangi yang ia sentiasa menghormati hak pekerja untuk memilih apa yang mereka ingin kemukakan, tidak kira kesatuan dalaman atau kesatuan industri.

"NUBE ialah kesatuan kebangsaan yang mewakili pekerja perkeranian dan bukan perkeranian di kebanyakan bank tetapi bukan semua bank.

"Pada masa ini, terdapat tiga kumpulan pekerja dalam lingkungan Maybank, yang diwakili oleh tiga kesatuan dalaman dan tiga kesatuan industri," katanya dalam satu kenyataan.

Wahid mengulas mengenai dakwaan oleh NUBE yang ia telah menerima beberapa aduan mengenai salah pengurusan di Maybank, diskriminasi, kegagalan dalam menyediakan salinan bercetak perjanjian kolektif kepada pekerja dan membayar pengurusan atasannya bonus prestasi yang bersamaan lebih daripada 80 bulan gaji sejak 10 tahun lepas.

NUBE mendakwa amalan sedemikian akan mendorong ketidakseimbangan dalam ekuiti dan menjurus kepada jurang pendapatan yang lebih luas antara pengurusan atasan dan pengurusan bawahan.

Wahid berkata, tuntutan dan faedah pekerja perkeranian yang menjadi ahli NUBE diselia oleh perjanjian kolektif yang dirundingkan oleh NUBE dengan Persatuan Bank-bank Komersil Malayan, badan yang mewakili bank-bank di Malaysia.

"Pembayaran bonus untuk pekerja perkeranian turut diliputi dalam perjanjian itu. Sehubungan itu, kesemua bank diwakili oleh NUBE, termasuk Maybank, mesti patuh untuk membayar bonus ini.

"Jumlah bonus ialah pembayaran dua bulan setahun seperti mana yang dibincangkan dan dipersetujui antara NUBE dan MCBA.

"Dalam perundingan CA sebelum ini, NUBE tidak bersetuju dengan cadangan MCBA untuk bonus berubah-ubah (variable) berdasarkan kepada prestasi dan bukannya jumlah berkontrak," kata Wahid.

Sehubungan itu, Wahid berkata, bonus tambahan yang berubah-ubah itu bukanlah perkara yang NUBE kini boleh minta memandangkan ia telahpun berakhir dan melebihi dengan apa yang dirundingkan dan dipersetujui.

Pada masa ini, sejumlah 4,605 (61 peratus) pekerja Maybank dalam kategori perkeranian/bukan-perkeranian ialah ahli NUBE.

Bagaimanapun, beliau berkata yang sebahagian daripada pekerja ini mengambil keputusan untuk membentuk kesatuan dalaman yang dikenali sebagai Kesatuan Bukan Eksekutif Maybank (MAYNEU).

"Walaupun MAYNEU didaftarkan sebagai kesatuan perdagangan pada 3 Januari 2011, NUBE telah mencabar pendaftaran ini dan pada masa ini menunggu keputusan mahkamah.

"Sejak beberapa bulan lepas, NUBE telah melaksanakan beberapa siri tindakan terhadap bank dan pekerjanya yang mana Bank berpendapat sebagai tidak wajar dan akan mengambil tindakan undang-undang yang perlu," kata beliau.

Wahid turut mengulangi yang Maybank akan terus memberikan sokongan sepenuhnya kepada pekerja dan hak serta pilihan mereka untuk dibentangkan oleh kesatuan menurut peruntukan undang-undang yang relevan dan tidak akan membenarkan sebarang bentuk tindakan yang tidak sesuai oleh mana-mana pihak untuk menghalang pendirian mereka dalam perkara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan