Terima Pemansuhan ISA Secara Rasional - Zainuddin

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu diterima secara rasional oleh semua pihak terutama bagi mengangkat moral Malaysia di peringkat antarabangsa.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, langkah berkenaan jelas menunjukkan komitmen kerajaan bagi untuk memastikan sistem demokrasi di negara ini berada pada satu standard yang lebih baik.

"Ini satu langkah yang berani dalam meningkatkan moral Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Tentunya ramai pihak akan lebih rasional dalam perkara ini," katanya ketika ditemui media selepas menerima watikah pelantikan sebagai karyawan tamu di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, Selasa.

Perdana Menteri pada Khamis lalu mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai bakal digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Najib turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi memenuhi kehendak semasa.

Selain itu Zainuddin berkata, pemansuhan akta berkenaan juga menunjukkan Najib berani mengambil risiko politik demi meletakkan negara berada seiring dengan kehendak globalisasi.

"Beliau (Najib) mengambil risiko politik terutama di atas sentimen rakyat yang tidak begitu senang dengan perkembangan ini (mansuh ISA).

"Tapi saya yakin dalam perkembangan selanjutnya, Perdana Menteri akan dapat meyakinkan semua pihak bahawa beliau telah mengambil satu langkah yang sesuai dengan kehendak globalisasi," katanya.

Mengulas mengenai kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan berkata ia merupakan satu tindakan yang wajar terutama membabitkan isu pembaharuan lesen.

"Selama ini akta sedia ada telah memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu memomokkan kerajaan sedangkan selama ini kerajaan tak pernah halang dalam soal untuk memperbaharui lesen.

"Namun eloklah kawalan ke atas akhbar dilakukan dengan cara lain tanpa memberi kesempatan kepada pihak tertentu seolah-olah akta ini telah menyekat kebebasan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan