Rais Minta Stesen Penyiar Elak Elemen Merosakkan Bahasa

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta stesen-stesen penyiaran di negara ini menggalakkan pengembangan bahasa kebangsaan dan mengelakkan elemen yang boleh merosakkan bahasa itu.

Sebagai contohnya, katanya sebelum ini wujud fenomena siaran rerayap pesanan ringkas (SMS) berbentuk ucapan di skrin televisyen yang menimbulkan keraguan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pencinta bahasa.

"Walaupun baik sebagai ucapan untuk hari jadi dan ucapan tahniah tetapi kalau dibiar terus disiarkan lagi, saya pasti ia akan menyumbang kepada fenomena merosakkan bahasa.

"Alhamdulillah, kebelakangan ini saya dah kurang nampak siaran SMS dengan bahasa kelam-kabut seperti itu," katanya ketika merasmikan Seminar Bahasa dalam Penyiaran di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Angkasapuri di sini, Selasa. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Menurut Rais, kemurnian bahasa kebangsaan akan tercemar jika berlaku penyalahgunaan bahasa, kesilapan sebutan, kesilapan yang berulang dan meluasnya penggunaan bahasa rojak dalam masyarakat.

Rais menggesa stesen-stesen penyiar bekerjasama dengan DBP bagi menangani bahasa SMS yang mencetuskan fenomena kelam kabut hingga mewujudkan bahasa rojak.

Beliau juga mencadangkan IPPTAR mewujudkan sebuah 'Unit Bahasa'yang berfungsi untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan bahasa dalam media penyiaran.

Menurutnya unit itu akan merangka kukurikulum latihan bahasa bagi pengamal media di negara ini.

"Saya menggesa IPPTAR untuk memainkan peranan ini agar mereka dapat memantau penggunaan bahasa kebangsaan dalam media penyiaran dan dapat melatih setiap pengamal media kerajaan mahupun swasta," katanya.

Rais memuji usaha beberapa stesen penyiar yang memperkenalkan program belajar bahasa seperti "Sebutlah Yang Betul" di Radio RTM dan "Santun Bahasa" di Bernama Radio 24. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan